Wednesday, February 13, 2013

PERUMAHAN RAKYAT 1MALAYSIA (PR1MA) BERHAD



MENGENAI PR1MA | AHLI LEMBAGA PENGARAH | PENGURUSAN KANAN

Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Berhad telah ditubuhkan selaras dengan Akta PR1MA 2012. PR1MA bertanggungjawab untuk merancang, membangun, membina dan menyenggara perumahan gaya hidup berpatutan untuk rakyat berpendapatan sederhana di kawasan bandar-bandar utama. Pendapatan sederhana didefinasikan sebagai pendapatan bulanan isi rumah (suami dan isteri) antara RM2,500 hingga RM7,500.00

YAB Perdana Menteri Malaysia menyedari bebanan kewangan yang dihadapi oleh penduduk bandar yang perpendapatan sederhana akibat pembangunan yang pesat di Malaysia. Wawasan beliau adalah untuk mengimbang semula bantuan yang diberi kepada rakyat di luar bandar serta di kawasan bandar. PR1MA adalah salah satu daripada pelbagai usaha murni yang dilaksanakan untuk membantu rakyat menguruskan kos sara hidup di kawasan bandar. PR1MA akan menjadi perintis yang mensasarkan golongan perpendapatan sederhana dengan menawarkan rumah diantara RM100,000 hingga RM400,000 yang dibangunkan di pembangunan komuniti yang mampan.


Kelayakan :
  • Pemohon mestilah Warganegara Malaysia.
  • Pemohon mestilah berumur sekurang- kurangnya 21 tahun semasa permohonan dibuat.
  • Permohonan terbuka kepada individu atau keluarga (suami dan isteri) dengan pendapatan purata bulanan isi rumah antara RM2,500 – RM 7,500.
  • Pemohon dan pasangan tidak memiliki lebih daripada satu hartanah.
  • Syarat-syarat tambahan mengikut negeri-negeri.

Nota:

- Perumahan PR1MA akan diperuntukkan melalui proses pengundian terbuka.
- Pemilihan unit rumah oleh pemilik yang terpilih akan mengikut
   turutan cabutan undian.
- Moratorium selama 10 tahun akan dikenakan dimana rumah PR1MA
   tidak boleh dijual atau dipindah milik tanpa kebenaran pihak PR1MA.
- Pemilik wajib mendiami rumah PR1MA tersebut.

Maklumat lanjut : Daftar



Pembangunan PR1MA 

 Nusantara Prima merupakan pembangunan eksklusif yang merangkumi kawasan sekitar 266.58 ekar di bandar Nusajaya yang kini sedang berkembang pesat dan telah bersedia untuk menjadi hab utama komersial, hiburan dan perumahan bagi kawasan selatan Semenanjung Malaysia.

Projek NUSANTARA PRIMA adalah usahasama antara pemaju Denia Development Sdn. Bhd. dan UEM Land Berhad, selaku pemilik tanah. Proses pengundian terbuka akan dikendalikan oleh PR1MA.

2 jenis unit kini dibuka untuk permohonan.

1. Jenis 2A terdiri daripada 94 unit rumah
2. Jenis 2C terdiri daripada 107 unit rumah
    teres 2 tingkat (1392 kps)

Kedua-dua jenis rumah berukuran 18 'x 65' dengan harga bermula dari RM199, 000 masing-masing.

KRITERIA KELAYAKAN:
1. Terbuka kepada warganegara Malaysia
    berusia 21 tahun ke atas
2. Menetap atau bekerja dalam sempadan
    Majlis Bandaraya Johor Bahru, Majlis
    Perbandaran Johor Bahru Tengah, Majlis
    Perbandaran Kulai, Majlis Perbandaran
    Pasir Gudang dan Majlis Perbandaran
    Pontian
3. Pendapatan isi rumah kasar bulanan
    (suami dan isteri / bujang) di antara
    RM2,500 dan RM7,500
4. Pemohon atau pasangannya tidak
    memiliki hartanah selain dari satu unit
    Rumah Kos Rendah / Rumah Kos
    Sederhana Rendah

TERMA DAN SYARAT:
1. Moratorium selama 10 tahun akan
    dikenakan di mana rumah tersebut tidak
    boleh dijual atau dipindah milik
2. Pembeli wajib mendiami di rumah
    tersebut

INFORMASI TAMBAHAN
1. Pemohon mesti membuat pendaftaran
    melalui laman web, www.pr1ma.my
2. Tempoh permohonan bermula dari
    Disember 13, 2012
3. Permohonan ditutup pada Februari 8,
   2013, jam 11:59 malam
4. Pemohon perlu membuat pembayaran
    kos penyediaan dokumen (peguam)
    dan duti stem seperti biasa
5. Pembeli rumah yang berjaya boleh
    meneruskan urusan pembiayaan
    perumahan dengan institusi
    kewangan pilihan sendiri

Kami menasihatkan anda supaya melengkapkan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk memudahkan proses pengundian terbuka kelak.


 


  
 Pelan Rumah



  
Pelan Rumah


 


Cerita Panas